Salam takzim,

Alhamdu Lillah, sedar atau tidak, kita bakal menyambut bulan Hari Raya Aidilfitri…yeay dah Raya! Ramadhan al-Mubarak insyaALLAH pada 21 Ogos ini jika mengikut Kalendar Hijrah. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan mendapat keredhaan olehNYA. Amiinn.. :D

Topik kali ini ada kaitan dengan kerja berkumpulan. Salah satu masalah yang biasa kita dengar apabila kerja secara berkumpulan ini, adalah mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kumpulan. Bagaimana ini boleh berlaku? Berbagai-bagai faktor perlu diambil kira apabila disoal tentang komitmen seseorang dalam kerja berkumpulan.

Salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya komitmen dan kesepakatan dalam kerja berkumpulan adalah kerana visi yang tidak jelas di kalangan ahli kumpulan. Cuba lakukan aktiviti ini: tanya setiap ahli kumpulan akan visi kumpulan mereka. Jangan terkejut kalau saya katakan, hampir 80% akan memberikan jawapan yang berbeza-beza!

Visi ibarat sebuah kompas bagi sesebuah kumpulan yang ingin meredah hutan. Kita tidak dapat mara ke hadapan dengan sepenuh keyakinan tanpa memiliki sebuah “kompas”. Berkemungkinan untuk kita sesat dan semakin jauh dari matlamat asal adalah sangat besar. Jika kita berjaya sekalipun, kita banyak membazir tenaga, masa dan wang ringgit sedangkan ianya boleh dielakkan.

Sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan anda, pastikan anda jelas dengan visi kumpulan anda. Sekiranya kumpulan anda tidak memiliki visi yang jelas (atau tiada langsung), cuba bantu dengan menghasilkan sebuah visi yang jelas dan mudah difahami oleh semua ahli kumpulan anda. Sekiranya anda berjaya melakukannya, periksa diri anda, adakah anda benar-benar faham akan visi yang telah anda bina. Kemudian, tanya satu persatu ahli dalam kumpulan anda sama ada mereka juga memberikan jawapan yang sama seperti anda.

Kadang-kadang, kita tuding jari sesama ahli kumpulan apabila berlaku berbagai-bagai masalah dalaman. Cuba kembali kepada perkara asas, fahami visi kumpulan anda sejelas-jelasnya. Mungkin dengan cara ini, kita mula sedar dan kembali bersemangat untuk sama-sama mencapai visi yang telah ditetapkan dalam kumpulan kita.

Baiklah, cukup setakat ini sahaja. Berjumpa lagi dalam artikel seterusnya~ :)
Semoga Bulan Syaaban ini memberikan hikmah buat kita semua…InsyaALLAH

Antara tempat yang paling selamat menyimpan artikel-artikel yang menarik dan berguna, ialah emel. Masukkan emel anda pada borang di bawah supaya artikel-artikel dari blog Nashrique.Com ini akan disimpan terus ke dalam kekotak emel anda:



Dibawakan oleh FeedBurner



Rahsia Melahirkan Superhero Dalam Diri Anda Kini Dibongkarkan!
Dapatkannya pada harga RM10 sahaja!

Klik untuk maklumat lanjut…


 

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.



Related Posts with Thumbnails

Popularity: 35% [?]

Berkongsi dan Ingin Dikongsi:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • RSS
  • Technorati
  • Twitthis