>> Langgan Artikel Motivasi Secara PERCUMA Setiap Minggu!!!<<
Powered by MaxBlogPress  

Jatuh, Bangun, Berdiri dan Berjalan

Assalamualaikum wbt,

Sebelum saya mulakan entri kali ini, saya rasa tidak salah sekiranya kita renungkan seketika kisah hidup dan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W bersempena dengan Maulidur Rasul yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu (12 Rabiulawal). Semoga kita semua diberikan syafaat oleh baginda, insyaALLAH.

Jatuh, Bangun dan Berdiri adalah satu proses yang semua orang akan lalui sehingga kita mampu untuk berjalan dan berlari seperti sekarang. Melihatkan betapa bersungguhnya si anak kecil yang riang bertatih, tidak mengetahui apa-apa, tetapi begitu gembira apabila dapat merasai nikmat sepasang kaki yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t.

Si anak kecil tidak pernah mengenal erti kegagalan!

Si anak kecil tidak pernah mengenal erti kegagalan!

Apabila terjatuh, mereka bangun, berdiri semula, kemudian cuba untuk berjalan tanpa perlu dikawal…

Cuba kita ambil iktibar dari keunikan dan keindahan ciptaan ALLAH s.w.t yang paling sempurna ini, si anak kecil yang cuba untuk berjalan. Ya, sememangnya mereka tidak mengenali erti kepayahan atas kemampuan mereka untuk berfikir, tetapi tidakkah kita sedar, betapa kasihNYA TUHAN kepada kita? Atas sifatNYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Walau kita berada dalam kepayahan dan serba kekurangan, kita tetap mampu berjalan walaupun kita jatuh berkali-kali?

Kegagalan itu adalah satu perkara lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia. Kita dididik agar terus berusaha sehingga berjaya. Tiada perkara di dunia ini yang tidak memerlukan usaha kecuali dengan izinNYA.

Sedangkan Rasulullah s.a.w dididik dalam keadaan yang cukup payah, sehinggalah baginda diangkat menjadi seorang Rasul dan pemimpin manusia yang paling agung di dunia ini. Inikan pula kita manusia biasa yang sememangnya dibelenggu dengan pelbagai nikmat dunia?

Jadi, sama-samalah kita teguhkan semangat, cuba belajar menerima kegagalan dan teruskan berusaha sehingga kita mampu capai apa sahaja yang kita impikan. TUHAN itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana, dikurniakan kita nikmat yang bersepadan dengan diri kita. Kuat-kuatkanlah semangat dalam menempuhi dugaan yang diturunkanNYA. Cubalah menerima erti kegagalan dalam mengejar impian yang gemilang.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 11% [?]

Kasih dan Kisah

Assalamualaikum wbt,

Wah, sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Diharapkan pengunjung-pengunjung setia blog ini dapat memaafkan saya. Seharusnya, bukan satu alasan bagi saya untuk tidak mengemaskini blog ini. Cuma pada pendapat saya, tiada guna saya menghasilkan sebuah artikel yang bukan lahir dari diri saya, kerana ianya mungkin menjadikan artikel ini seperti tiada “jiwa” untuk dibaca oleh anda sekalian. Hehe.

Sepanjang tempoh “senyap” ini, ada beberapa peristiwa suka dan duka yang telah dilalui oleh saya bersama-sama sahabat seperjuangan di universiti ini. Apatah lagi apabila dugaan tersebut datang bertimpa-timpa. Kadangkala tak terlarat untuk ditanggung. Sepanjang tempoh itu juga, terungkai satu frasa “Kasih dan Kisah” semasa sesi berkongsi pendapat dan cadangan daripada sahabat-sahabat saya.

Kasih dan Kisah
Kasih dan Kisah

Kasih dan kisah, sama ke?

Pada pandangan saya, sesuatu perhubungan yang baik, perlu wujud dua elemen penting ini, iaitu kasih dan kisah. Kasihkan keluarga, sahabat-sahabat, jiran tetangga dan musuh sekalipun pasti akan membuatkan hati kita berasa aman dan tenteram. Disokong pula dengan sikap ambil tahu (ambil kisah) mengenai beberapa perkara seperti keadaan kesihatan mereka, kedudukan emosi mereka ketika itu dan sebagainya.

Kadangkala, ada yang mempunyai sikap kasih, tetapi cukup malas untuk membantu dan mengambil tahu hal-hal masyarakat di sekeliling. Penerapan rohani yang baik telahpun wujud dalam dua elemen ini,  dan ianya sangat baik untuk diterapkan lebih-lebih lagi, kita sebagai manusia, hidup dalam suasana bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bukankah ini suatu perkara yang baik dalam merealisasikan hasrat negara ke arah masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia?

Aplikasi sebagai seorang pelajar

Konsep belajar yang perlu kita terapkan dalam diri adalah, belajar itu satu amanah oleh kedua-dua ibu dan bapa kita. Jika kita kasihkan mereka, secara tidak langsung, kita akan ambil tahu proses pembelajaran yang sedang kita jalani. Ambil tahu kedudukan akademik kita dari semasa ke semasa. Apabila kita rasa semakin jauh dari matlamat kita untuk berjaya, cuba cari jalan untuk kembali semula pada landasan yang tepat.

Proses ini nampak mudah, tapi bukanlah senang seperti yang kita biasa dengar. Cuba praktikkannya baik dari segi kehidupan kita sebagai seorang pelajar, pemimpin keluarga mahupun pemimpin negara. Ingat! Walau sekecil mana sekalipun jasa kita kepada masyarakat, ianya tetap dikira sebagai sumbangan kita kepada mereka.

P/s: Tidak mengapa kita merendah diri, jangan sesekali kita merendah-rendahkan diri seolah-olah tidak bersyukur dengan kurniaanNYA. ;)

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 9% [?]

Kenali Super Power Yang Ada Dalam Diri Anda!

Assalamualaikum wbt,

Akhirnya, setelah sekian lama saya cuba untuk masuk ke laman admin blog ini, baru kali ini dapat saya gunakan sedikit masa untuk sama-sama berkongsi kepada anda satu lagi teknik yang saya sendiri aplikasikan untuk drive diri kita ke arah satu kejayaan.

Setiap orang ada kekuatan yang sebenarnya cukup hebat jika hendak dibandingkan dengan orang lain di sekeliling kita. Yang menjadi persoalan di sini, adakah kita sedar akan hakikat ini, atau sebaliknya?

Optimumkan potensi yang ada dalam diri anda!
Optimumkan potensi yang ada dalam diri anda!

Saya pernah berdepan satu masa di mana saya cuba untuk meniru teknik dan cara belajar rakan saya yang sememangnya agak tidak bersesuaian dengan diri saya.

Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang rajin mengulangkaji pelajaran, lebih-lebih lagi, apabila tarikh ujian / peperiksaan sudah hampir, barulah saya sibuk-sibuk dengan segala macam perkara sebagai persiapan.

Hakikatnya, apabila saya cuba teknik yang kurang bersesuaian dengan jiwa dan naluri saya, keputusannya tidaklah memberangsangkan sepertimana yang saya harapkan. Berbeza dengan cara yang biasa saya gunakan. Akhirnya, saya sedar, selagi saya tahu dan kenal kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya, saya mampu mengoptimumkan segala apa kelebihan yang ada untuk capai keputusan yang optimum!

Ya, saya seorang pelajar yang mempunyai short-term memory, dan ini antara penyebab saya lebih suka (dan memang saya suka!) untuk ulangkaji ketika 2/3 hari sebelum sesuatu ujian / peperiksaan berlangsung.

Satu lagi cara yang biasa saya gunakan agar tidak ketinggalan terlalu jauh daripada rakan-rakan yang lain, saya cuba melakukan assignments dengan cara merujuk contoh-contoh jawapan daripada rakan-rakan lain. Ini bukan bermaksud anda tidak pandai, tetapi sebenarnya cara bijak untuk anda belajar melalui berbagai-bagai teknik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan anda.

Melalui cara ini, anda boleh menggabungkan beberapa teknik yang anda rasakan sesuai untuk anda adunkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, harus diingat…!

Setiap orang mempunyai teknik-teknik yang berbeza untuk digunakan. Kenali terlebih dahulu, potensi yang ada pada diri anda dan cuba aplikasikan teknik yang bersesuaian dan sebati dengan jiwa dan naluri anda. Barulah anda boleh mengenali, Super Power yang ada dalam diri anda!

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 23% [?]

Signifikasi Peristiwa Sempena Tahun Baru

Assalamualaikum wbt,

Pertamanya, blog ini lama sangat tidak dikemaskini, kepada pengunjung terutamanya subscribers blog ini, saya akan cuba kemaskini dengan lebih kerap lagi agar anda tidak ketinggalan untuk sama-sama mendapat manfaat daripada blog ini. Sekarang saya sedang cuti semester, insyaALLAH akan pulang semula ke universiti untuk menyambung pengajian tahun akhir saya. ;)

Jadi, apa cerita kali ini ye? Eum, saya tertarik untuk berkongsi satu kenangan manis untuk renungan anda. Pada 26 Disember yang lalu, saya sibuk menghadiri majlis perkahwinan makcik saya dengan jejaka pilihannya dari Felda Tenang. Dalam majlis tersebut, diselitkan juga karaoke bagi sesiapa yang berminat. Alangkah terkejutnya saya apabila pakcik saya yang kurang upaya, ingin menyampaikan lagu “Seroja” yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah! Beliau yang tidak mampu untuk bercakap seperti insan normal yang lain, begitu asyik menyampaikan lagu tersebut sehingga habis. Saya tergamam!

Kemudian saya terfikir, apalah yang difikirkan oleh beliau sehingga mahu melakukan sesuatu yang menjangkaui pemikiran normal seperti saya…?

Tiba-tiba hati saya rasa sayu dan pilu, walaupun beliau begitu istimewa bagi diri saya, beliau juga mempunyai keinginan seperti kebanyakan insan normal yang lain. Ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus berfikir secara optimis dan sentiasa berani untuk buat apa saja yang saya impikan! dan peristiwa ini secara tidak langsung menjadi satu pemangkin pada tahun 2010 ini.

Sebenarnya, banyak perkara besar yang ingin saya capai pada tahun ini, terutamanya penantian untuk menerima segulung ijazah buat hadiah ibu dan bapa saya. InsyaALLAH, saya pasti dan saya yakin, jika kita mulakan sesuatu dengan niat yang betul, Tuhan pasti beserta. Sekiranya takdir berlaku sebaliknya, saya terima dengan redha, kerana DIA Tuhan Pencipta Sekelian Alam.

Semoga kita mulakan tahun baru dengan niat yang betul dan diredhai ALLAH s.w.t. InsyaALLAH

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 100% [?]

Cerita 7 Keajaiban Dunia

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ini, saya ada mengemaskini folder dalam laptop saya dan ternampak satu cerita menarik mengenai 7 Keajaiban Di dunia. Jadi, saya pun cepat-cepatlah berkongsi dengan para pembaca. Jom baca cerita di bawah:

+++

Sekumpulan pelajar telah ditanya agar menyenaraikan “7 Keajaiban Di Dunia“. Walaupun banyak pendapat yang diberikan, berikut merupakan undian terbanyak untuk senarai “7 Keajaiban Di dunia”.

1. Egypt’s Great Pyramids
2. Taj Mahal
3. Grand Canyon
4. Terusan Panama
5. Bangunan Empire State
6. St. Peter’s Basilica
7. Tembok Besar China

Semasa sedang mengumpul undian, cikgu tersebut sedar masih ada seorang lagi pelajar yang tidak menghantar undiannya. Maka, beliau pun bertanya sekiranya pelajar tersebut mempunyai sebarang masalah.

Pelajar tersebut berkata, “Ya, saya ada sedikit masalah dengan senarai yang saya buat. Saya tidak boleh nak menyenaraikannya kerana kejaiban di dunia ini terlalu banyak.”

Cikgu tersebut pun berkata, “Eum, jadi beritahulah apa yang telah kamu senaraikan setakat ini supaya kami boleh bantu kamu.”

Pelajar tersebut menganggukkan kepala, kemudian membaca senarai yang dibuat, “Saya rasa, “7 Keajaiban Dunia” adalah:

1. dapat melihat
2. dapat mendengar
3. dapat menyentuh
4. dapat merasa
5. dapat berkata-kata
6. dapat ketawa
7. dan merasai rasa dicintai.

Suasana di kelas tersebut senyap seketika. Perkara yang selama ini kita anggap biasa dan kita terlepas pandang sebenarnya adalah sebenar-benar keajaiban!

Pengajaran manis untuk dirasai:

Perkara yang paling berharga dalam kehidupan kita tidak dapat dibina oleh jari-jemari kita atau dibeli oleh sesiapa sahaja.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 29% [?]

Mutiara Kata Saidina Ali

Assalamualaikum wbt,

Alhamdu Lillah, saya baru saja selesai menyertai Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali ke-3 di UiTM Puncak Alam pada 12 dan 13 Disember. Hurm, macam-macam peristiwa yang menjadi rencah sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Apabila ini berlaku, barulah kita lebih menghargai pengalaman kehidupan yang dilalui.

Semasa saya menaip artikel ini, saya berada di kafe siber. Tiba-tiba teringat untuk berkongsi koleksi mutiara kata Saidina Ali r.a. Beliau bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luar biasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorang pun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang. Jom sama-sama kita hayati mutiara kata oleh beliau:

  • Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
  • Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
  • Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
  • Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
  • Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.
  • Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.
  • Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
  • Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
  • Tidak ada pujian bersama kesombongan.
  • Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
  • Tidak ada kemuliaan bersama adat yang kuno.
  • Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
  • Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
  • Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
  • Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
  • Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
  • Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
  • Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
  • Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
  • Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  • Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
  • Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  • Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
  • Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
  • Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.

Ada di antara mutiara kata ini mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Semoga mutiara kata di atas dapat memberikan impak yang berguna untuk setiap pembaca. :)

P/s: Sumber dari Cari Gold
P/p/s: Saya sedang cuti semester, saya mungkin tidak kerap mengemaskini blog ini. InsyaALLAH, saya akan berkongsi bila diizinkanNYA. ;)

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 21% [?]

Hidup Ini Ibarat “Hard Disk”

Assalamualaikum wbt,

Diharapkan semua pengunjung sentiasa cergas meniti kehidupan seharian. Saya alhamdu lillah, sihat. Cuma badan bengkak2 dan ada sendi2 yang sakit2. Untuk makluman, sekarang ini, saya sibuk menjalani latihan sempena Karnival Wajadiri IPT yang akan berlangsung di UiTM Puncak Alam pada 12 hingga 13 Disember ini.

Baru-baru ini, saya dapat ilham untuk menulis satu topik mengenai kehidupan. Anda tahu bagaimana sesebuah cakera keras (hard disk) berfungsi?

Secara umumnya, setiap data yang disimpan akan diletakkan secara rawak dalam mana-mana ruang kosong (cluster) yang ada pada sesebuah hard disk. Maka, apabila proses penyimpanan dan pembuangan (delete) data berlaku secara kerap tanpa melakukan proses defragment, keupayaan sesebuah komputer akan sedikit merosot. Proses defragment membolehkan data disusun dan disatukan semula mengikut kekosongan sesebuah cluster. Maka, apabila proses ini dilakukan, sesebuah komputer akan mencapai keupayaannya yang optimum dan lebih laju… Read the rest of this entry »

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Popularity: 15% [?]

Load time improved by PHP Speedy Load time improved by PHP Speedy

Show all blogs Increase Page RankAdd to Technorati FavoritesBlog KitaBloggerMelayu.com